Ahad, 27 November 2011

Aktiviti

Tajuk: Penanda Buku Bergambar
Tujuan: Menyatakan reka bentuk rumah di negara kita.

Bahan: 
a) Kad manila.
b) Sekeping gambar rumah di negara kita.
c) Gunting
d) Pensel warna.
e) Gam
f) Reben


Langkah:
1) Gunting sekeping kad manila dengan ukuran 4cm x 11cm.
2) Tampalkan gambar rumah di negara kita pada kepingan kad    
     manila.
3) Tulis tentang reka bentuk rumah berkenaan.
4) Tebuk lubang pada kad dan ikat dengan reben.
5) Hadiahkan hasil ciptaan kamu itu kepada guru Kajian Tempatan 
    kamu.
Selamat Mencuba !

Sabtu, 26 November 2011

Struktur dan Bahan Binaan

Struktur rumah ialah susunan atau rangka sesebuah rumah. Bahan binaan pula ialah bahan yang digunakan untuk membina rumah. Cuba bezakan struktur dan bahan binaan rumah tradisional dengan rumah moden berdasarkan gambar di bawah.

Rumah Tradisonal
Bahan binaan rumah tradisonal selalu menggunakan pintu kayu, dinding papan, tingkap kayu, tangga kayu, lantai papan dan atap zink.

Rumah Moden
Bahan binaan rumah moden selalu menggunakan tiang batu, lantai seramik, pintu kayu, jeriji besi, tingkap kaca, dinding batu,dan atap genting.

Pembinaan Rumah

Perbandingan antara rumah tradisional dengan rumah moden boleh dilihat daripada aspek pelan dan ruang, struktur binaan dan bahan binaan.

Pelan Ruang Rumah
Pelan ruang rumah ialah rajah yang menggambarkan bentuk dan kedudukan ruang sesebuah rumah. Mari kita bandingkan ruang rumah tradisional dan ruang rumah moden.

Ruang Rumah Tradisional
Ruang Rumah Moden
 

Isnin, 7 November 2011

Murid-murid Menjalankan Aktiviti Dalam Kumpulan

1) Murid-murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan.


2)Murid-murid mendapat penerangan daripada guru.


3) Hasil kerja murid-murid.









Khamis, 3 November 2011

Aktiviti

Tajuk : Rumah tradisional Dan Rumah Moden
Tujuan : Mengenal pasti jenis rumah tradisional dan rumah moden di   negara kita.
Bahan :
1) Gunting, gam, kertas warna, alat tulis dan gambar-gambar rumah tradisional dan rumah moden.

Langkah :
1) Menyediakan gunting, alat tulis , kertas warna, gam dan pelbagai jenis gambar rumah tradisional dan rumah moden.
2)Menguntingkan gambar-gambar rumah tradisional dan rumah moden.
3)Melekatkan gambar rumah tradisional dan rumah moden pada kertas warna yang berlainan.
4)Menamakan rumah tradisional dan rumah moden.
5)Contoh aktiviti gambar rumah tradisional dan rumah moden.