Sabtu, 26 November 2011

Struktur dan Bahan Binaan

Struktur rumah ialah susunan atau rangka sesebuah rumah. Bahan binaan pula ialah bahan yang digunakan untuk membina rumah. Cuba bezakan struktur dan bahan binaan rumah tradisional dengan rumah moden berdasarkan gambar di bawah.

Rumah Tradisonal
Bahan binaan rumah tradisonal selalu menggunakan pintu kayu, dinding papan, tingkap kayu, tangga kayu, lantai papan dan atap zink.

Rumah Moden
Bahan binaan rumah moden selalu menggunakan tiang batu, lantai seramik, pintu kayu, jeriji besi, tingkap kaca, dinding batu,dan atap genting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan